Wednesday, May 30, 2012

Home » » Kisah kaki Arif luka terkena lidi roda basikal

Kisah kaki Arif luka terkena lidi roda basikal

Cuti-cuti sekolah. Anak semua di rumah, susah juga nak menyelit guna lappy ni. Walau dah beri masa pada mereka, ada masa belajar, ada masa tengok tv, ada masa bermain di luar, ada masa bermain dengan lappy, tapi tulah sebagai ibu kena pantau pergerakan mereka, jadi aku tak boleh culas dengan berlama-lama dengan lappy. Nanti anak-anak kata, "Ibu boleh pulak?".....huhu.

Tapi hari ini, kerana peristiwa semalam, dapatlah update sekejap. Kata aku pada mereka, "ibu nak update cerita Arif ya!"....hehe.

Cuti sekolah bermula, Alia dan Abid dapat basikal baru. Lama dah dia minta, kononnya sebab dapat no 1 periksa akhir tahun sekolah agama tahun lepas. Abahnya janji, tak kiralah sekolah pagi atau petang, kalau boleh dapat no 1, dapat basikal. Janji baru dapat di tunaikan. Sukalah dia dapat basikal. Bila kakak dapat basikal, Abid pun sama minta basikal. Dua orang dapat basikal baru, apa lagi setiap pagi dan petang nak main basikal saja kerjanya.

Basikal pink pilihan Alia dan hitam pilihan Abid.
Basikal Alia ada tempat duduk belakang. Hari Isnin tu, dia nampak aku bawa Arif di tempat duduk belakang basikal aku. Hehe....aku pun ada basikal, lama dah, cuma tak bawa selalu je.Bila aku bawa Arif, mulut aku tak berhenti bercakap, "kaki elok-elok ya, jangan jatuhkan!" Aku suruh dia letak kakinya di atas antara tempat duduk tu. Elok je dia selimpang kaki dia di situ.

Semalam, belum lagi pukul 5 petang Alia minta izin aku nak bermain basikal sekejap. Kata dia depan rumah aje. Aku ingat adiknya tak ikutlah. Sekali semua keluar rumah. Tiba-tiba suasana rumah sepi aje. Mana pergi anak-anak yang riuh ni? Terus berkejaran ke luar rumah. Tiba-tiba kedengaran suara Arif menangis yang kuat. Aduh! Memang kuat suara dia, rasa boleh dengar satu taman.

Aku berlari keluar pagar, tengok-tengok Arif dan Alia di hujung sana, dan Arif sedang duduk di tempat duduk belakang basikal Alia tu. Dalam hati dah terfikir, kaki dia terkena lidi basikal ke?

Tangisan Arif semakin kuat. Jerit dia tak tahu aku nak terangkan di sini macam mana. Macam sakit sangat bunyinya. Aku suruh Aqil tengok. " Ibu!!! Kaki Arif berdarah!", jerit Aqil. 

Cepat-cepat Aqil dukung adiknya dan bawa pulang ke rumah. Ku beriksa kaki Arif, nampak luka dan darah keluar di bahagian belakang kakinya dekat dengan buku lali. Aku panik juga mulanya, jerit Arif tidak berhenti, macam orang kena apa je. 

Bawa masuk, basuh kaki dia, dan sapu ubat luka. Tapi jeritnya masih sama. Kenapa dia menangis tak berhenti ni? Sakit sangat ke, lukanya dalam ke? Aku tengok macam besar juga lukanya. 

Alia yang takut sebab dia yang bawa Arif di belakang basikalnya, masuk bilik terus menangis. Adeh! Ibu tak cakap apa pun, dia dah menangis juga, macam mana ni? Puas juga pujuk, kata Alia tak sengaja kan. Sedih sangat rupa dia, terus pergi kepada adiknya dan minta maaf.

Tapi Arif masa melalak kuat. Tak boleh jadi ni. Aku bawa dia ke klinik berhampiran. Sampai klinik masih melalak. Doktor bersihkan luka, sapu ubat, tampal plaster, dalam masa sama suara dia masih menjerit kesakitan. Satu klinik boleh dengar suara dia. 

Keluar dari bilik doktor, tunggu ubat, baru dia diam. Doktor siap jengah keluar tengok dia yang dah berhenti menangis....hihi. Pesan doktor, plaster lutsinar itu jangan di tanggalkan sehingga lukanya kering.

Balik dari klinik, Arif terus tidur. Bangun dari tidur, lagak orang sakit kononnya dari Arif menjadi-jadi. Suruh berdiri pun tak mahu, tapi masih aktif dan ligat. Dia hanya merangkak ke sana ke mari. Suruh berdiri, katanya sakit. Tapi, aktifnya sama saja.

Sehingga ke malam, sebab dia bergerak aktif macam biasa, plaster di kakinya tanggal. Saat itu dia menjerit semula seperti tadi. Kuatnya aduhai! Sakit benar kononnya. Ya ke tu Arif? Beri ubat antibiotik, dan ubat tahan sakit baru diam.

Pagi ini bangun tidur suruh mandi pun tak mahu. Plaster dan tertanggal kan, jadinya kata dia sakit. Puas aku pujuk, tetap dia kata sakit...hmmm.

Luka di kaki Arif terkena lidi basikal

Arif yang tak mahu mandi pagi, konon kakinya sakit...huhu

Tengoklah lagak Arif tu. Ada rupa orang sakit ke? Dah mula berlari dah pagi ni, tapi bila sebut mandi je, sakit...huhu. Pandai auta ya!

Abahnya kata, kakak pekena Arif pulak ya. Dulu kan kaki Alia terkena seterika Arif buat, ni dia pula yang secara tak sengaja lukakan kaki Arif dengan lidi roda basikalnya. Kebetulan mungkin.

Ada anak-anak aktif macam nilah kan. Riuh suasana rumah cuti-cuti ni. Takpe,minggu depan kita cuti-cuti di Terengganu pula ya.

Eh! Apa yang best di Terengganu ya? Dalam kepala sekarang, nak ke Pasar Payang, Masjid Putih, Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Taman Tamadun Islam, Muzium Terengganu. Apa lagi yang istimewa di sana? Makan kat mana yang best? Orang Terengganu, sila beri cadangan...hehe.

~ يوس ~

17 comments:

  1. Besar juga luka Ariff tu. Tapi dah namanya budak2, sakit pun selagi tak 'melepek', selagi itulah diaorang berlari ke sana sini. :)

    ReplyDelete
  2. Kak..saya yang nengok ni pun rasa sakit laaa..logik kot arif takmo mandi, hehe..Sama je cam zara kalau luka ke apa ke, mengada je lebih, padahal dah tampal plaster dah..akak lap2 kan je lah arif kan..comel muka arif..minggu depan seronok eh nak berjalan..

    ReplyDelete
  3. Nampak cam besar jer luka arif tuh.. kesian dia..
    Bestnyaa nak gi bercuti..Moga selamat perjalanan pergi dan balik yer..

    ReplyDelete
  4. kesiannya..mesti sakit.
    teringat makan kecik2 dulu..mmg takut sgt kalau kaki terkena lidi roda tu.

    cepat sembuh yer arif

    ReplyDelete
  5. Kesiaannya Ariff. Mesti sakit sangat luka tu.
    Semoga Ariff cepat sembuh :D

    ReplyDelete
  6. tapi dah sembuh kan..kesian dia...
    insya Allah next week pun saya nk ke tganu jugak tapi tk tau lg kat besut ke or KT..
    mana org bawak g je lah.. :)

    ReplyDelete
  7. Yus... mana tak sakit. Bukan auta nie. Besar luka tu untuk budak kecik macam Arif. Kalau Yus kena cuba bayangkan. Kakak tengok pun tak sampai hati. Alia tu pun tahu memang sakit sebab tu dia pun menangis sama macam kesal sangat kalau tahu mesti dia tak mahu bawa adik main.

    Kalau nak mandikan tampallah dulu Yus. Kalau tak mesti pedih...

    Alahai Arif..Arif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak, semalam mmg yus kesian tgk dia kak. Nampak sakit sangat, tp hari ini, dia terlalu aktif kak...huhu. Yus dah mandikan dia, ok je kak, tulah tahan sakit budak tu. Ligat yang comel, kat rumah ni semua abang dan kakak ada, makin menjadi2 dia. Mengikut je ke mana abang2 dan kakaknya pergi, seronok agaknya ramai di rumah...

      Balik kerja abahnya semalam, peluk bukan main abah dia, mengadu sakit kakinya itu, manja Arif tu kak....:)

      Delete
  8. laaaa... kesiannya ariff.... moga cepat sembuh... nanti datang sini calling2 tau...

    ReplyDelete
  9. salam yus//besar lukanya tu.patut nangis kuat..
    anak acik dulu..termasuk terus..ramai yang mencuba nak keluarkan kaki dia..

    ReplyDelete
  10. ya allah yusss
    x tahu ieda nak cakap ape layie
    macam2 arif nie kan .. huhuh
    kita tgk naik seram
    luka besar tuu
    adehhhhhhhh tahan sakit lak tuu
    kuat betul tuuu
    ligat betul si arif nie " betuah " !! .. ;)

    hurmm terengganu apa yg x ada di negeri lain ada di negeri ini
    ieda suke ke terengganu berbanding kelantan ;)

    ReplyDelete
  11. Nampak dalam luka dia tu. Tapi budak2 memang suka berlakon lebih. Bila bermain, tak ingat luka semua...

    Terengganu... best tu!! Tengok laut on the way nak ke sana.

    ReplyDelete
  12. Tahniah Alia dpt beskal baru!!! Aduiyai siannya arif! Mesti pedih tu kak, elok Sapu dengan myk gamat elok luka tu kering nnti, saya seriau bab2 luka ni kak

    ReplyDelete
  13. sakit tu kak, ala sian Arif cayang. xpela, lain kali hati2 naik basikal tau. kebetulan ye kak ala2 balas gitu. hihi.. kene selalu sapu ubat biar cepat kering dan kulit bersambung balik. isk ngeri gak tengok rupa tu kak.

    ReplyDelete
  14. Adehhh, tetiba tengok bekas luka tu rasa sakit plak..

    Maybe kuat nanges tu sbb Arif terkejut sama kot... :)

    ReplyDelete
  15. tahniah alia n abid dpt beskal baruuuu... :)
    akak.kaki cma penah tersepit lidi basikal...wpun x luka teruk mcm arif..tp sakit woo.... :'(
    semoga cepat sembuh ye arif..sian kat alia..xpe..pengajaran..

    ermm...cma x pernah sampai ganu lagi....

    ReplyDelete
  16. huuu...nadiah dulu kena yang motor punya. ayah yang bawa motor masa tu. selalu nadiah duduk betul-betul tapi hari tu mengada-ngada duduk mengadap tepi (dua-dua kaki nadiah di kiri. faham ke? huhu). konon-konon duduk macam tu ayu la. kaki pula tu tak duduk diam. sekali haa...kaki nadiah termasuk celah roda. sakiiittt...huhu. padan la muka sendiri. lepas tu tak berani dah nak duduk macam tu naik motor :p

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...