Friday, May 11, 2012

Home » » Melihat kapal selam SMD Quessant

Melihat kapal selam SMD Quessant

29 April lalu, di hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11, kami sekeluarga jalan-jalan sekitar Melaka. Salah satu tempat yang kami kunjungi ialah tempat terletaknya kapal selam SMD Quessant yang besar itu. Teringin nak tengok dalam dia, tapi rupanya boleh tengok luar saja...huhu.

Kapal selam ini terletak di Kompleks Perlancongan Klebang, Melaka berhampiran dengan Dataran 1 Malaysia Klebang tu. Tiket masuk untuk lihat kapal selam ini ialah RM1.00 bagi dewasa dan 50 sen bagi kanak-kanak.

Walaupun tak dapat tengok dalam dia, tapi di ruang legar bahagian luar tu ada di pamerkan gambar-gambar ruang dalam kapal selam itu. Bahagian enjin, tempat tidur, tempat makan dan lain-lainnya semua di tunjukkan dalam gambar.Bolehlah lihat dan baca, cuma kurang feel sebab tak dapat lihat sendiri. Mungkin sebab belum siap sepenuhnya kompleks pelancongan ni. Masih dalam proses pembinaan, nanti kalau dah siap bolehlah datang lagi kan.

Ok, seperti biasa, kita lihat gambar sajalah.

Sedang menuju ke arah kapal selam di daratan ni adik dan emak aku. Yang memegang payung tu Aqil..hehe

Kapal Selam SMD Quessant daripada Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Melaka.

Dapat cuit sikit je badan kapal selam ni.

4 permata hatiku yang riang

Aqil dan Abid konon-konon nak tolak kapal selam ni. Boleh ke?...hahaha

Pandangan ekor kapal selam. Semua orang dok kerumun kat kipas dia ni.

Arif pun nak ambil peluang menyentuh badan kapal selam ni, tapi dia sebenarnya takut...huhu

Aku dan bonda tercinta. Hari itu, ayah tidak turut serta kerana dia terlibat untuk nikahkan orang. Pegawai syarak mukim di kampung le katakan. 

Aku dan suami tercinta SRD. Semoga ikatan perkahwinan kita akan bertahan selamanya, 11 tahun tu masih muda kan bang?

Pandangan dari jauh kapal selam SMD Quessant ni. Tapi musykil lah, beli kapal selam tapi tak boleh menyelam, buat pameran je...huhu

Cuaca sangat panas hari itu, keluar aje dari situ beli kerepek udang geragau. Sedaplah pulak. Kita tunggu kompleks ni siap sepenuhnya baru datang lagi lah kot. Harap2 masa tu boleh tinjau-tinjau dalam dia pula.
~ يوس ~

15 comments:

  1. Nurul blum lg pegi sini....

    ReplyDelete
  2. dah sampai pun akak, fuhh nampak panas ek cuaca masa akak pergi ni..

    ReplyDelete
  3. @Huda
    memang panas huda, pukul 2 lebih rasanya masa tu...huhu.

    Tengok huda dah pergi tulah teringin nak pergi juga...hehe

    ReplyDelete
  4. tengok kapal selam dari luar pun dah teruja kan kak... apalagi kalau dpt masuk ke dlm. seronok betul anak2 akak kat sana.

    nmpk muda mak kak yus... macam kakak n adik aje...

    ReplyDelete
  5. aduhai..tengah panas ke tu???
    ada pokok dalam pasu je..
    sikit hari lagi mesti depa buat tempat bertedugh sikit..kan??
    mana tau kot2 ada kedai2 ka tepinya..kan??

    ReplyDelete
  6. sy org melaka pun x sampai lg kak heeee =p

    ReplyDelete
  7. uuu...besaunye..
    x penah lg sampai sana..huhu..

    hepi anibersari buat kak yus n en SRD..11 tahun dah..alhamdulillah..semoga ikatan berkekalan hingga ke akhir hayat..

    romantik akak n en asben :p

    ReplyDelete
  8. 11 tahun dah ya, alhamdulillah dan didoakan semakin berkasih syang even dah masuk angka puluhan usia perkahwinan nanti

    ReplyDelete
  9. belum pernah sampai sana lagi kak, seronoklah anak2 dapat melihat kapal dari jarak dekat kan

    ReplyDelete
  10. happy belated anniversary..

    eh ehh.. tak pernah sampai sini...

    ReplyDelete
  11. tahniah kak..selamat hari ulangtahun perkahwinan..semoga diberkati allah selalu...

    kapal selam tu macam perut ikan paus..:)

    ReplyDelete
  12. salam yus..selmt ulng tahun perkahwenan.
    teringt pulak n3 yus..cabaran diet bila masa jalan2.

    ReplyDelete
  13. besarnya kapal, kalau boleh tgk dalam lagi best kan kak..apapun akak nampak kurus:)

    ReplyDelete
  14. teringin nak pergi tengok..
    tak lupa..selamat ulang tahun perkahwinan..moga bahagia selalu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...